Desas-desus mengenai kewujudan Huawei P70 sudah kedengaran sejak Januari yang juga mendedahkan beberapa spesifikasi dalaman. Kini rekaan kerangka pula tertiris ke arena web menunjukkan bonggol kamera yang berbeza dengan generasi sebelum ini.

Dapat dilihat ialah konfigurasi lensa yang agak unik. Satu lensa besar dipadankan dengan pula dengan dua lensa kecil dalam bonggol yang sama. Melaluinya peranti mungkin menggunakan sensor utama 50MP OmniVision OV50H dengan bukaan apertur yang boleh diubah. Diikuti juga lensa ultra-lebar 50MP Sony IMX989, dan kamera telefoto juga sebesar 50MP dengan zum optikal 4X.

Ketiga-tiganya disusun dalam bentuk segi tiga, kemudiannya garis kecil mendatar pula mungkin dikhaskan untuk lampu flash LED dengan sokongan pencahayaan dwi-tona warna. Selain itu peranti turut dijangka menawarkan bateri berkapasiti 5000mAh.