Carian
Redmi G Pro (2024) Dilancarkan Dengan Intel Core i9 Dan RTX 4060
March 5, 2024 Amy Maizuraa

Redmi G Pro (2024) telah dilancarkan sebagai komputer riba gaming baharu yang juga hadir dengan cip Intel Core generasi ke-14. Diikuti dengan GPU NVIDIA RTX 4060 bersama sistem penyejukan baharu yang dibangunkan sendiri oleh Redmi.

Ia mempunyai skrin sebesar 16-inci (2560 X 1600 piksel) dengan kadar segar semula 240Hz. Dalam masa sama paparannya juga menawarkan ciri tambahan seperti sokongan gamut warna sRGB 100% dengan kecerahan 500nits, VESA DisplayHDR 400, Dolby Vision dan sudut pandang 178 darjah.

Pilihan CPU Intel Core i9-14900HX dan GPU sehingga NVIDIA GeForce RTX 4060 digunakan sebagai tunjang utama. Diikuti pula gabungan memori 16GB DDR5, storan 1TB PCIe 4.0 SSD dan bateri sebesar 80Wh.

Selain itu komputer riba juga menampilkan teknologi sambungan pintar Xiaomi HyperOS Connect yang memudahkan integrasi diantara peranti untuk pengalaman produktiviti lebih baik.

Pilihan I/O tersedia pula merangkumi 1 x USB-A 2.0, 3 x USB-A 3.2 Gen2, 1 x Thunderbolt 4, 1 x MiniDP 1.4, 1 x HDMI 2.1, pembaca kad dan bicu audio 3.5mm. Redmi G Pro Gaming 2024 disediakan dalam warna Battleship Gray dan berharga RMB 8,999 (~RM5,906) di China.

Komen