Bolt Ingin Memasuki Pasaran Malaysia – Khidmat Seru-Pandu Saingi Grab
Aman
Pada hari ini, terdapat beberapa khidmat seru-pandu di Malaysia, tetapi tiada yang benar-benar memberikan saingan sengit kepada Grab. Perkara berkenaan dijangka akan berubah tidak lama lagi, apabila kini Bolt dari Eropah sedang melihat untuk memasuki pasaran tempatan.
Melalui perkembangan terbaru, ia dilihat pihak Bolt telah pun mula melakukan pencarian pekerja untuk mengetuai operasi Bolt di Malaysia.

Bagi yang tidak mengenali akan Bolt, ia merupakan khidmat seru-pandu dari Eropah, dimana selain khidmat tempahan mengangkutan ke destinasi, ia turut menyediakan khidmat untuk tempahan makanan dan barangan runcit melalui Bolt Food, selain khidmat sewa kenderaan.
Pada hari ini, Bolt beroperasi di lebih 500 bandar, dan dikatakan mempunyai lebih 150 juta pelanggan di seluruh dunia. Perkhidmatan Bolt juga turut tersedia di negara jiran, Thailand.
Dengan perkembangan baharu ini, sama-sama kita nantikan pengenalan perkhidmatan Bolt di Malaysia. Mungkin sekiranya anda berminat, turut boleh memohon jawatan menjadi ketua Bolt di Malaysia melalui laman rasmi Bolt hari ini.