Carian
Snapdragon 8 Gen 4 Bakal Diperkenalkan Pada Bulan Oktober Ini
March 5, 2024 Aman

Qualcomm kini mengesahkan yang mana acara Snapdragon Summit akan diadakan pada Oktober 2024 kelak, dan pada masa yang sama, Qualcomm turut akan memperkenalkan cip pemprosesan Snapdragon 8 Gen 4 pada acara berkenaan.

Snapdragon 8 Gen 4 juga dijangka akan menyertakan CPU Oryon yang merupakan teras cip dibangunkan khusus oleh Qualcomm dalam memberikan kuasa pemprosesan lebih tinggi. Disamping itu, Qualcomm juga akan memfokuskan integrasi kecerdasan buatan, selain fokus terhadap teras NPU.

Pengenalan cip pemprosesan lebih awal juga secara tidak langsung akan membawa kepada pengenalan telefon mercu baharu daripada para pengeluar lebih awal berbanding kebiasaan. Tahun lepas sendiri kita sedia menyaksikan beberapa telefon dikuasakan Snapdragon 8 Gen 3 hadir seawal Disember ke pasaran. Mungkin tahun ini kita akan melihatnya lebih awal lagi.

Komen