Carian
Nothing Phone (2a) Kini Rasmi – Dimensity 7200 Pro, Glyph Dan Rekaan Lutsinar Pada Harga RM1699
March 5, 2024 Fahim Zahar

Nothing Phone (2a) akhirnya dilancarkan secara rasmi. Ia adalah telefon kelas pertengahan kedua Nothing yang menggantikan Phone (1) tetapi turut hadir dengan banyak ciri mercu pada Phone (2). Oleh yang demikian rekaan lutsinar, sistem lampu Glyph Interface dan sistem operasi Nothing OS kekal ditawarkan pada peranti ini.

Nothing Phone (2a)

Skrin6.7″ AMOLED, 1084 x 2412 (394 PPI)
Gorilla Glass 5, 30Hz-120Hz, 1300 nits
CipMediaTek Dimensity 7200 Pro (4nm)
2x 2.8 GHz Cortex-A715
6x 2.0 Cortex-A510
GPUMali-G610 MC4
Kamera Belakang50 MP, f/1.88, OIS & EIS
50 MP, f/2.2

4K 30fps, 1080p 60fps
1080p 120fps (Slo-Mo)
TrueLens Engine, Ultra XDR,
Portrait Optimiser
Kamera Hadapan32 MP f/2.2
AudioSpeaker stereo
BiometriPengimbas cap jari bawah skrin
PerlindunganIP54
Bateri5000mAh
HargaRM1,699 12/256 GB

Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, Phone (2a) dibangunkan untuk memfokuskan kepada ciri dan fungsi teras dalam ekosistem Nothing. Peranti ini turut menyasarkan pengguna Phone (1) untuk tukar ke peranti baharu kerana Nothing menjamin Phone (2a) adalah 13% lebih berkuasa dan 16% lebih efisien berbanding peranti lama mereka.

Nothing turut mula mengikuti trend pengeluar peranti China untuk menyertakan ciri memori maya yang boleh dikawal pengguna. RAM Booster menambah 8GB lagi pada peranti yang sudah menggunakan memori 12GB RAM. Selain itu, Nothing turut tidak ketinggalan dengan ciri pintar lain seperti;

  • Smart Clean
    • Serpihan fail disusun semula dengan AI agar boleh kekal beroperasi pantas seperti penggunaan hari pertama.
  • NTFS Optimisations
    • Pemindahan fail dari peranti ke komputer lebih pantas dan lancar.
  • HyperEngine 5.0
    • Memastikan bingkai permua kekal pantas dan jimat bateri sehingga 18%.
  • AI Wallpaper Generator
    • Seperti siri Pixel 8 dan siri Galaxy S24, boleh jana imej latar dengan AI.

Glyph Interface turut dikekalkan pada peranti ini. Cuma kali ini terhad kepada tiga jalur LED sahaja. Walaupun jumlah yang singkat, ia menggunakan komponen sama dengan LED pada Phone (2). Jadi ciri seperti lampu bergerak mengikut laras suara atau pemasa boleh digunakan.

Nothing Phone (2a) ditawarkan dalam tiga warna iaitu Hitam, Susu atau Putih. Tiga variasi ditawarkan iaitu 8/128 GB, 8/256 GB dan 12/256 GB. Di Malaysia hanya warna hitam dan susu yang terhad kepada 12/256 GB sahaja pada harga RM1699.

Peranti ini akan dijual secara rasmi di Malaysia bermula esok di Crossover, Sunway. Mereka yang membeli pada tarikh 6 Mac akan menerima berkas bersama kerangka pelindung rasmi dengan cetakan bandar Kuala Lumpur, CMF Watch Pro dan beg eksklusif. Jualan terbuka akan bermula pada 9 Mac nanti.

Komen