Carian
Realme 12 5G Melepasi Pengesahan SIRIM Di Malaysia
March 5, 2024 Amy Maizuraa

Realme 12 5G telah ditemui tersenarai menerusi pangkalan data SIRIM. Sekaligus memberi bayangan bahawa kita bakal menyaksikan pelancarannya untuk pasaran tempatan tidak lama lagi. Ia muncul dengan nama model RMX3999 (realme 12 5G) dan didaftarkan oleh nama pemohon DTL Malaysia Sdn Bhd sejak Februari yang lalu.

Realme bagaimanapun masih belum melancarkan peranti ini secara rasmi setakat ini. Namun paling menarik perhatian ramai adalah mengenai ciri seakan Action Button yang disediakan pada peranti. Dikenali sebagai Dynamic Button, ia diiklankan boleh digunakan untuk pelbagai akses pintar yang termasuk kemera, lampu suluh, penggera, mod kapal terbang, mod senyap dan sebagainya.

Selain itu, ia juga akan dilengkapi kamera utama 108MP dengan kemampuan zum sehingga 3X. Ditambah baik lagi sokongan Cinematic Potrait Algorithm dan Night Eye Engine untuk fotografi lebih memuaskan. Butiran lanjut sudah tentunya terjawab selepas pelancaran rasmi di India pada 6 Mac akan datang.

Komen