Carian
Cloudflare Memperkenalkan Tembok Pelindung (Firewall) Untuk AI Untuk Melindungi Model LLM
March 5, 2024 Aman

Cloudflare yang terkenal dengan penawaran penyelesaian sekuriti dan keselamatan web, hari ini turut mengumumkan produk terbaru mereka, iaitu Firewall untuk AI, atau tembok pelindung untuk model kecerdasan buatan yang dibangunkan.

Melaluinya, ia bertindak untuk melindungi dan mengelak sebarang serangan yang menyasarkan model bahasa raya (LLM) yang menguasakan sesuatu produk kecerdasan buatan. Memastikan model LLM terlindung adalah sangat penting, dengan kecerdasan buatan memainkan peranan penting pada pelbagai organisasi hari ini, dan membolehkan ia dieksplotasi dalam memberikan hasil tidak baik.

Malah, baru-baru ini juga terdapat beberapa serangan siber yang menyasarkan model bahasa raya dan kecerdasan buatan.

Bagi pembangun LLM yang berminat, boleh menyemak laman rasmi di Cloudflare, dan daftar untuk mencubanya apabila ia tersedia kelak.

Komen