Perkhidmatan sosial terkemuka, Facebook dan Instagram kini dilihat menghadapi masalah untuk diakses. Melalui semakan kami sendiri, di Facebook, ia log keluar akan semua pengguna daripada perkhidmatan media sosial berkenaan secara automatik.
Sementara pada Instagram pula, latar masa tidak boleh disegar semula, dan tiada kandungan yang boleh diakses. Perkhidmatan Threads juga dilihat terjejas, dan membuatkan pengguna tidak boleh lakukan sebarang perkongsian baharu atau menyegar semula perkhidmatan berkenaan.
Masalah teknikal ini dilihat melibatkan sejumlah besar pengguna seluruh dunia, dengan ramai yang menggunakan laman sosial alternatif seperti X dalam menyuarakan perkara ini. Telekom Malaysia turut mengesahkan masalah mengakses Instagram dan Facebook ini. Pihak Facebook masih belum mengeluarkan komen berkaitan perkara ini buat masa ini.