LG Electronicss (M) Sdn Bhd telah memperkenalkan program sewaan peralatan rumah, LG Rent-Up yang dijangka dapat bantu meningkatkan kehidupan rakyat di negara ini dengan produk terkini. Pada masa sama dapat menawarkan fleksibiliti kepada orang ramai tanpa menanggung kos bulanan serta pendahuluan yang tidak realistik.
Sebanyak sembilan jenis produk disediakan untuk program ini yang termasuk televisyen pintar, penghawa dingin, mesin basuh dan peti sejuk. Kemudiannya perjanjian tempoh sewaan pula minimum 5 tahun dan maksimum 7 tahun bergantung pada jenis produk yang dipilih.
Dalam tempoh pembayaran balik LG turut menyediakan pakej langganan perkhidmatan komprehensif yang merangkumi lawatan secara berkala ke rumah daripda juruteknik atau servis layan diri.
Menariknya lagi mengenai servis layan diri disediakan adalah LG menyediakan perkhidmatan penghantaran alat ganti ke pintu rumah setiap enam bulan. Ini bermakna pelanggan tidak perlu bersusah payah ke cawangan semata untuk mendapatkan alat ganti.
Selain itu jaminan pelindungan sehingga 7 tahun turut ditawarkan ke atas produk yang dipilih menerusi program ini. Bagi yang berminat program ini sudah disediakan di seluruh Malaysia.