Carian
Garmin Forerunner 165 Kini Di Malaysia Pada Harga Bermula RM 1,290
March 6, 2024 Amy Maizuraa

Garmin mula menawarkan jam tangan baharu Forerunner 165 untuk pasaran Malaysia. Sebanyak dua versi disediakan dengan harga bermula RM1,290 untuk Forerunner 165 sementara itu Forerunner 165 Music pula bernilai RM1,550 seutas. Anda yang berminat boleh mendapatkannya melalui laman web dan pengedar sah Garmin di seluruh Malaysia bermula sekarang.

Satu-satunya perbezaan antara peranti adalah sokongan storan dan WiFi yang terdapat pada versi Music. Selanjutnya kedua-dua berkongsi sebahagian besar fungsi yang sama. Tubuh digunakan mempunyai bahan berbeza yang termasuk kaca pada muka jam dan polimer bertulang gentian untuk bezel. Pada mada sama lima butang fizikal disertakan juga telah direka semula bagi memudahkan penggunaan.

Skrin adalah sejenia AMOLED bewarna sebesar 1.2-inci dengan resolusi 390 X 390 piksel. Seterusnya sensor kesihatan dan kecergasan disediakan pula merangkumi pemantauan jantung, waktu tidur, tekanan serta oksigen dalam darah. Bateri disertakan boleh beroperasi hingga 11 hari dan pelbagai kawalan boleh diakses melalui penggunaan bersama aplikasi Garmin Connect.

Komen