HP hari ini ketika acara Amplify Partner Conference mengumumkan program Kelas Induk AI Sedia Masa Depan (Future Ready AI MasterClass) yang akan memberikan latihan dan persijilan dalam kecerdasan buatan (AI) menerusi HP University.

Kelas Induk AI Sedia Masa Depan akan dimulakan pada 1 Mei 2024 dengan ia komprehensif dalam skop merangkumi pelbagai topik yang direka untuk melengkapkan rakan kongsi dengan pengetahuan mereka
untuk menyarankan pelanggan tentang produk dan penyelesaian AI yang sesuai bagi memenuhi keperluan mereka. HP akan bekerjasama dengan untuk siri modul latihan lanjutan awal.
Pada modul seterusnya akan melibatkan rakan kongsi yang lain bagi bertujuan meningkatkan kepakaran dan keupayaan rakan kongsi HP Amplify membolehkan mereka kekal di hadapan dalam landskap yang berkembang pesat.