Durioo Mengambil-Alih Platform Penstriman Memfokuskan Kanak-Kanak, Ali Huda
March 6, 2024
Penstriman
Aman
Durioo, salah satu syarikat penstriman tempatan memfokuskan kandungan mesra kanak-kanak muslim, hari ini berkongsi menyatakan mereka akan mengambil-alih platform penstriman Ali Huda.

Ali Huda merupakan salah satu perkhidmatan penstriman yang turut memfokuskan kepada kanak-kanak dengan kandungan mesra muslim. Pengambil-alihan ini dilihat akan melengkapkan ekosistem satu sama lain, disamping akan membolehkan Durioo turut memperluaskan pasaran mereka ke rantau Amerika.
Durioo turut berkongsi Ali Huda akan melalui proses penjenamaan semula dibawah Durioo selepas semua proses pengambil-alihan selesai. Harga pengambil-alihan tidak diumumkan buat masa ini.