Cari @ Amanz

Durioo Memperkenalkan Aplikasi Baharu Yang Lebih Mesra Kanak-Kanak

Oleh Aman

Link Copied!

Durioo hari ini mengumumkan pengenalan aplikasi mudah-alih yang diberikan nafas baharu, sekaligus membuatkan ia lebih mesra pengguna, terutamanya kanak-kanak. Aplikasi baru ini kini tersedia pada platform Android dan juga iOS.

Melalui aplikasi Durioo+ yang terbaru, kanak-kanak boleh menonton pelbagai kandungan dengan mudah melaluinya, dan ibu bapa pula boleh melakukan kawalan paparan kandungan mengikut umur. Ibu bapa juga turut boleh menetapkan masa penggunaan, supaya kanak-kanak tidak ketagih.

Bersama-sama pengenalan aplikasi baharu ini, Durioo turut mengumumkan tawaran promosi langganan 12 bulan untuk perkhidmatan penstriman mereka pada harga RM99 setahun.

Pada hari ini, Durioo mempunyai lebih 36,000 pelanggan berbayar, dan terdapat lebih 9000 episod kandungan pada platform berkenaan yang terdiri daripada kandungan asli, kandungan yang dilesenkan, selain sejumlah kandungan yang diterbitkan Durioo+ Creators.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Durioo hari ini di Android dan iPhone, serta menggunakannya dalam memberikan akses kandungan mesra muslim untuk anak-anak anda.


Komen ()