HP melancarkan siri mesin pencetak HP Color LaserJet Pro 3000 yang menyasarkan pengguna dari kalangan PKS. Setiap mesin pencetak LaserJet Pro 3000 menggunakan sistem toner TerraJet yang boleh menawarkan cetakan dengan warna lebih bagi keperluan perniagaan.

Selain warna yang 11% yang kelihatan lebih hidup, ia juga menawarkan cetakan yang 18% lebih pantas berbanding siri sebelum ini. Bagi mengurangkan kos operasi, mesin pencetak ini juga mengurangkan penggunaan tenaga elektrik sehingga 27%. Dari sudut kelestarian pula, ia mengurangkan penggunaan plastik sehingga 28%.
Kelebihan siri HP Color LaserJet Pro 3000 ialah perisian HP Print AI yang mempunyai sokongan AI menjelang penghujung tahun ini. Sebagai contoh perisian boleh melihat dokumen yang ingin dicetak dan kemudian diberikan arahan untuk hanya mencetak teks sahaja atau gambar sahaja. Ringkasan penting sahaja daripada dokumen juga boleh dicetak.

Dalam demo yang kami lihat, perisian boleh diarahkan untuk hanya mencetak resipi masakan dari sebuah laman web yang mempunyai iklan, video dan gambar. Arahan diberikan seperti prom chatbot sebelum perisian memberikan tiga pilihan muka letak yang boleh dipilih oleh pengguna. Hasilnya cetakan yang sepatutnya memerlukan empat muka surat diringkaskan ke hanya satu muka surat.

Sokongan WiFI 5GHz turut diberikan bagi membolehkan cetakan secara nirwayar dilakukan secara lebih pantas. Menurut HP lagi setiap LaserJet Pro 3000 juga tidak memerlukan ruang lantai yang besar. Menjadikannya juga digunakan dalam ruang pejabat yang kecil.

Empat varian ditawarkan iaitu HP Color LaserJet Pro 3301 cdw dan HP Color LaserJet Pro 3301 fdw dengan kemampuan mencetak depan belakang, mengimbas dokumen, fotokopi dan faks. Sementara itu HP Color LaserJet Pro 3301 sdw pula boleh mencetak depan belakang, mengimbas dokumen dan fotokopi. Akhir sekali ialah HP Color LaserJet Pro 3201 yang sekar boleh melakukan cetakan biasa. Kesemua mesin pencetak ini akan mula dijual Mei depan tetapi harga belum diumumkan.