Xiaomi Watch 2 telah dilancarkan secara rasmi sebagai tambahan baharu untuk jam tangan pintar di Malaysia. Ia didatangkan dengan skrin AMOLED 1.43-inci dengan resolusi 466 X 466 piksel dan kecerahan puncak 600nits. Turut disokong oleh jam tangan ini ialah cip Snapdragon W5+ Gen1 untuk menjalankan WearOS, di samping mempunyai gabungan memori 2GB RAM dan storan 32GB.


Seterusnya pelbagai sensor kesihatan dan kecergasan disediakan yang termasuk pemantauan kadar jantung, pola tidur, SpO2 dan lebih 160 mod sukan terbina. Dalam masa sama turut menyokong kebolehan GPS yang tepat menerusi sokongan L1 + L5 GPS terbina dan kalis air 5ATM. Ia juga boleh berfungsi sehingga 65 jam melalui bateri sebesar 495mAh.

Bagi yang berminat Xiaomi Watch 2 boleh didapati di Malaysia pada harga RM869 seutas. Namun ia boleh dibeli dengan harga promosi serendah RM769 untuk masa terhad. Ketersediaan adalah melalui laman web dan pengedar rasmi Xiaomi di seluruh Malaysia.