Carian
Xiaomi Smart Band 8 Pro Turut Diumumkan Di Malaysia – Berharga RM339
March 7, 2024 Amy Maizuraa

Xiaomi Smart Band 8 Pro turut diumumkan secara rasmi dalam pelancaran hari ini. Ia dijual dengan harga RM339 seutas namun terdapat promosi menarik serendah RM289 untuk masa terhad. Turut dijual secara berasingan ialah pilihan tali jam Xiaomi Quick Release Strap pada harga diantara RM32 hingga RM89.

Xiaomi Smart Band 8 Pro dilengkapi skrin AMOLED berwarna sebesar 1.74″ dengan resolusi 336 X 480 piksel. Pelbagai sensor kesihatan dan kecergasan standard seperti pemantauan jantung, waktu tidur, tahap penafasan dan lebih 150 mod sukan turut disediakan. Diikuti juga sokongan GPS terbina yang amat berguna untuk aktiviti luar dan kalis air 5 ATM.

Bateri sebesar 285mAh disertakan pula boleh beroperasi sehingga 14 hari dalam kegunaan biasa dan menurun 6 hari apabila fungsi AOD diaktifkan secara kerap. Seterusnya kawalan lebih pelbagai boleh diakses melalui penggunaan bersama aplikasi Mi Fitness.

Komen