Telegram hari ini memperkenalkan ciri baharu pada aplikasi permesejan berkenaan, yang membolehkan pengguna mengubah akaun peribadi Telegram masing-masing kepada akaun Telegram Business. Dengan langkah ini, pengguna yang menggunakan akaun mereka untuk tujuan perniagaan, boleh menyertakan sejumlah informasi dan mesej automatik apabila pelanggan mereka menghubungi melalui aplikasi permesejan berkenaan.
Akaun Telegram Business ini ditawarkan pada harga langganan RM16.90 sebulan, atau RM127.90 setahun.

Beberapa ciri khas disediakan, termasuk mesej ucapan automatik apabila pengguna berhubung buat pertama kalinya, sokongan mesej automatik apabila penjual dalam mod bercuti atau telah tutup perniagaan untuk sesuatu hari, selain integrasi paparan lokasi dan waktu operasi kedai.
Bergerak kehadapan juga, Telegram Business dijangka akan menyertakan sokongan integrasi bot melaluinya. Bagi anda yang berminat, boleh melakukan naik-taraf dan mengubah akaun Telegram biasa kepada Telegram Business hari ini melalui aplikasi Telegram anda.