Carian
Maxis Perkenal Pelan 5G Home WiFi – Bermula RM69 Sebulan Untuk 120GB
March 7, 2024 Aman

Maxis hari ini memperkenalkan pelan 5G Home WiFi baharu, sekaligus menawarkan pelan jalur-lebar untuk digunakan di rumah dengan sokongan rangkaian 5G. Sebanyak tiga pelan disediakan, bermula RM69 sebulan, selain juga pilihan RM99 sebulan dan RM139 sebulan.

Pelan paling asas, RM69 sebulan hadir dengan kuota 5G sebanyak 120GB, dan tiada sebarang kontrak untuknya.

Pelan RM99 sebulan pula hadir dengan penggunaan kuota tanpa had tetapi dihadkan kepada kelajuan 100Mbps. Pengguna juga akan diberikan pilihan kepada kontrak 24 bulan melalui pilihan penghala 5G untuknya.

Pelan paling tinggi adalah dengan pilihan RM139 sebulan, yang hadir dengan kelajuan 5G tanpa had dan juga kuota tanpa had. Pengguna turut boleh mendapatkan penghala 5G premium pilihan dengan kontrak 24 bulan.

Maxis turut menyatakan kesemua pelan ini turut hadir dengan data sandaran 4G tambahan sebanyak 30GB untuk setiap pelan.

Bagi anda yang berminat boleh melanggan pakej baharu ini, dan pelanggan sedia ada boleh lakukan naiik-taraf dengan mendail talian 123.

Komen