Cari @ Amanz

Microsoft kini mengumumkan sebuah acara khas pada 21 Mac, dinamakan “New Era of Work”. Melaluinya, gergasi teknologi berkenaan dijangka mengumumkan sejumlah perkara melibatkan Copilot, Windows dan juga Surface.

#image_title

Dengan fokus terhadap kerjaya dan perusahaan, Microsoft dijangka memperkenalkan Surface Pro 10 dan juga Surface Laptop 6 pada acara berkenaan. Microsoft turut dijangka menyediakan penawaran dengan pilihan cip berasaskan Arm hasil kerjasama Qualcomm untuk komputer riba Surface berkenaan. Ini sekaligus dijangka menawarkan masa penggunaan yang lama untuknya, disamping prestasi yang baik.

Kita juga mungkin melihat integrasi kekunci Copilot pada papan kekunci kedua-dua peranti ini.

Sama-sama kita nantikan 21 Mac 2024 ini untuk melihat sendiri kejutan yang disediakan oleh Microsoft melalui penawaran peranti mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd