Apple kini telah pun memperkenalkan kemaskini iOS 17.4 kepada para pengguna iPhone, sekaligus memperkenalkan beberapa ciri baharu. Salah satunya adalah melibatkan Apple Podcasts, dimana pengguna kini boleh melihat transkrip dijana secara automatik untuk podsiar yang sedang didengar.

Buat masa ini, sokongan transkrip bagi podsiar ini menyokong bahasa Inggeris, Perancis, Jerman dan juga Sepanyol sahaja. Ia dijangka akan diperluaskan secara berperingkat untuk bahasa-bahasa lain pada masa akan datang.
Selain untuk pengguna, Apple turut memaklumkan yang transkrip dijana boleh dimuat-turun oleh penerbit podsiar melalui Apple Podcasts Connect, dan melakukan sebarang perubahan jika diperlukan.
Bagi anda yang menggunakan iOS, boleh mengemaskini ke iOS 17.4, dan menikmati ciri baharu yang disertakan ini.