Carian
Apple Membatalkan Akaun Pembangun Epic – Membuatkan Pembangunan Epic Games Store Untuk iOS Terhenti
March 7, 2024 Aman

Epic sedia merancang untuk memperkenalkan kedai aplikasi tersendiri untuk iOS, selari dengan perundangan di Eropah yang membuka kepada pihak ketiga boleh menyediakan kedai aplikasi di platform seperti iOS. Apa pun, kini perancangan berkenaan dilihat terhenti dan mungkin tidak akan diteruskan.

Melalui perkongsian Epic, Apple telah membatalkan akaun pembangun Epic Games sekaligus menyukarkan mereka daripada menerbitkan sebarang aplikasi untuk platform berkenaan. Mengikut surat yang dikongsikan, Apple mendapati Epic Games “tidak boleh dipercayai”, dan terdapat kemungkinan tidak mematuhi perundangan yang telah ditetapkan pada perjanjian pembangun.

Langkah Apple juga dilihat selari dengan proses saman oleh Epic ke atas Apple, selain beberapa perkongsian sosial oleh CEO Epic yang mengkritik Apple. Apple sendiri mengikut terma dan syarat, mempunyai hak untuk membatalkan sesuatu akaun pembangun berkenaan.

Apa pun, memandangkan ini langkah adalah halangan terhadap pembangun lain terutamanya di pasaran Eropah, ia tidak lagi diketahui bagaimanakah pihak berkuasa disana akan mengambil langkah, dan kesannya terhadap Apple sendiri.

Sama-sama kita melihat perkembangan lanjut, dan apakah yang akan dilakukan oleh Epic selepas ini untuk platform iOS.

Komen