Carian
Elon Musk : X Kelak Akan Buang Paparan Angka “Likes” Dan “Repost”
March 7, 2024 Aman

Elon Musk kini nampaknya dalam perancangan untuk memperkenalkan satu lagi perubahan besar pada laman X yang dahulunya dikenali sebagai Twitter, iaitu dengan membuang paparan angka “Likes” dan “Repost” daripada paparan utama.

Dengan langkah ini, segala perkongsian di X hanya akan memaparkan masa dan jumlah paparan sahaja pada penjuru kanan, dan tiada sebarang data meta yang dipaparkan pada bahagian bawah perkongsian.

Sebaliknya, untuk melakukan perkongsian semula, pengguna akan perlu tap seketika atas sesuatu perkongsian berkenaan. Ciri tatal ke kanan atau kiri turut akan ditambah dalam menawarkan akses pantas seperti membalas sesuatu perkongsian.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah X akan memperkenalkan ciri baharu ini.

Komen