Samsung Galaxy Buds Kini Boleh Menggunakan Galaxy AI Untuk Penterjemahan
March 8, 2024
Samsung
Fahim Zahar
Samsung semakin serius mengembangkan ciri kecerdasan buatan mereka. Seperti semua sedia maklum, siri Galaxy S24 adalah peranti AI yang telah meraih perhatian ramai tahun ini. Samsung telah pun mengemaskini Bixby untuk menyeru Galaxy AI dan turut akan membawanya ke peranti boleh pakai. Baru-baru ini, Samsung Galaxy Buds telah menerima kemas kini untuk menggunakan pelbagai ciri kecerdasan buatan ini.

- Interpreter
- Berbual dengan bahasa asing, pengguna mendengar terjemahan pada Galaxy Buds dan seorang lagi akan mendengar melalui speaker telefon pengguna. Semua kawalan turut boleh dilakukan dengan sentuhan pada permukaan Buds.
- Auracast
- Sambung Buds pada Galaxy TV kemudian boleh dengar radio terus pada telefon dan tablet.
- (Galaxy Buds2 Pro dan Buds2; Neo QLED 8K(QN900D, QN800D), Neo QLED 4K (QN95D, QN90D, QN87D, QN85D), OLED (S95D, S90D, S85D) dan QLED (Q80D, Q70D)).
- 360 Audio
- Jawapan Samsung kepada audio spatial Apple, guna Buds untuk audio imersif seaan pawagam.
- Auto Switch
- Seperti ekosistem Apple, tonton TV dengan Buds dan apabila terima panggilan boleh jawab dengan Buds pada telefon.
Semua ciri ini akan diedarkan kepada pengguna Galaxy Buds2 Pro, Buds2 dan Buds FE bermula hujung Februari secara berperingkat.