Anda perasan atau tidak, ketika melakukan atau menerima panggilan suara daripada aplikasi seperti WhatsApp – log panggilan akan direkodkan pada aplikasi telefon iOS. Sesetengah orang rasa ia serabut, tetapi sesetengah rasa membantu kerana mudah menguruskan sejarah panggilan telefon atau jika ingin panggil semula seseorang.
Terbaru, WhatsApp turut menguji ciri yang sama untuk peranti Android. Sejarah panggilan masuk atau keluar dilihat akan disenaraikan pada Google Phone. Kemudian untuk memudahkan lagi pengguna, label “WhatsApp” atau nama kad SIM akan dipaparkan pada setiap panggilan. Adakah ini ciri yang anda mahukan pada peranti Android atau tidak?