Jika anda adalah pengguna Google Pixel 8 Pro atau mana-mana siri Samsung Galaxy S24, anda akan perasan di Play Store satu aplikasi baharu disenaraikan iaitu Android AICore. Android AICore adalah aplikasi sistem untuk Gemini Nano dijalankan pada peranti Android. Gemini Nano pula adalah untuk memproses sistem kecerdasan buatan dari dalam peranti.

Terbaru, Google mengesahkan Pixel 8 tidak akan menyokong Gemini Nano. Ini bermakna ciri seperti Gboard Smart Reply atau transkrip audio ke teks dari aplikasi Recorder akan diproses secara awanan dan bukan dari dalam peranti. Alasan Google adalah, Pixel 8 tidak mempunyai spesifikasi yang memadai untuk Gemini Nano.
Apakah spesifikasi yang dimaksudkan? Hanya memori dan cip pemprosesan penting untuk menjalankan AI. Jika memori Pixel 8 adalah 8GB RAM, S24 juga sama tetapi masih menyokong Gemini Nano. Google turut menyatakan lebih banyak peranti Android lain turut akan menerima Gemini Nano. Apakah syarat peranti lain ini? Adakah perlu memori perlu 12GB RAM ke atas? Adalah memori 8GB terhad kepada Samsung sahaja?