Selari dengan bulan Ramadan menjelang tiba, kini WhatsApp menyediakan sebuah koleksi pelekat khusus bersempena dengan bulan tersebut. Ditawarkan secara percuma, kini semua pengguna WhatsApp boleh memuat-turun dan menambahnya pada koleksi masing-masing.

Melalui koleksi berkenaan, ia menawarkan sejumlah grafik, termasuk untuk berbuka puasa, menantikan waktu berbuka, mengaji, berdoa dan sebagainya.
Bagi anda yang aktif menggunakan WhatsApp, boleh memuat-turun koleksi pelekat ini hari ini melalui WhatsApp.