Carian
Razer Fintech Dijenamakan Semula Sebagai Fiuu
March 8, 2024 Aman

Razer kini mengumumkan penjenamaan semula untuk bahagian kewangan mereka, iaitu Razer Fintech dan juga Razer Merchant Services dibawah satu jenama baharu yang lebih menyeluruh, iaitu Fiuu.

Fiuu diposisikan sebagai jenama yang lebih moden dan mesra pengguna muda berbanding jenama sebelum ini.

Fiuu juga akan beroperasi sebagai subsidiari berasingan dibawah Razer, dengan sasaran untuk terus menguasakan sokongan pembayaran bukan sahaja untuk individu tetapi juga untuk perniagaan.

Selari dengan penjenamaan semula ini, Fiuu turut mengumumkan CEO baharu untuk syarikat, iiatu Eng Sheng Guan, sekaligus menggantikan CEO sebelum ini.

Komen