Carian
Apple Music Dihalang Akses Pada Peranti Android Yang Di Root
March 8, 2024 Fahim Zahar

Banyak sahaja aplikasi yang dihalang akses apabila peranti telah di root atau sistem telah melalui proses pengubahsuaian yang mendalam. Ia adalah untuk sekuriti seperti pengesahan langganan, perbankan dan banyak lagi. Baru-baru ini Google telah menghalang akses menggunakan RCS pada peranti yang telah di root. Terkini, Apple Music menghalang akses jika peranti Android telah diubahsuai.

Apa yang aneh adalah, Apple menggunakan kaedah paling mudah atau “malas” bagi sesetengah pembangun. Apple hanya sekadar memberi amaran dan pengguna masih boleh melepasi halangan Apple ini dengan satu aplikasi yang menyamar peranti sebagai tidak di root. Ini berbeza dengan kebanyakan aplikasi lain seperti perbankan yang menghalang akses secara lebih mendalam dan tiada aplikasi yang boleh membantu.

Apa-apa pun, jika anda ingin menikmati Apple Music tanpa sebarang gangguan jangan gunakan peranti yang telah di root. Jika anda menggunakan peranti mercu, sokongan audio spatial dan/atau Dolby Atmos turut dapat dinikmati pada peranti Android.

Komen