Cari @ Amanz

Dengan Amerika Syarikat sekali lagi membawa perbincangan untuk mengharamkan TikTok sekiranya Bytedance tidak menjual operasinya di negara berkenaan, kini Donald Trump membuat kejutan, dan menyatakan sokongan terhadap TikTok dan membantah ia diharamkan.

TikTok

Menurut Donald Trump, pengharaman TikTok hanya akan membawa keuntungan terhadap Facebook dan Mark Zuckerberg. Beliau menekankan yang mana tidak mahu akan Facebook yang sebelum ini telah “menipu: pada pilihan raya lepas.

Perkara ini agak mengejutkan ramai, apabila sebelum ini pada tahun 2020 lepas, Donald Trump yang menandatangani arahan untuk memastikan TikTok dijual kepada syarikat tempatan.

Sebelum ini, kongres Amerika Syarikat telah meluluskan arahan untuk memastikan Bytedance menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat dalam tempoh 165 hari, atau selepas tempoh berkenaan aplikasi tersebut perlu diharamkan di negara berkenaan.

Antara alasan yang dibawa adalah termasuk menyatakan aplikasi TikTok membawa kepada risiko keselamatan negara kerana didakwa dimiliki kerajaan dan parti politik di China.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd