Carian
Waze Kelak Akan Maklumkan Berkenaan Bonggol Atas Jalan
March 10, 2024 Aman

Waze pada hari ini sedia digunakan ramai sebagai aplikasi navigasi utama, dan mengetahui pelbagai perkembangan atas jalan-raya dari kesesakkan dan sebagainya. Bergerak ke hadapan, Waze terus menambah beberapa ciri baharu pada aplikasi mereka.

Terbaru, Google berkongsi menyatakan Waze kelak akan memaklumkan berkenaan beberapa perkara tambahan, termasuk berkaitan dengan lencongan yang tajam dan juga bonggol atas jalan.

Ini sekaligus memastikan perjalanan lebih selamat dan lancar, dan tidak terkejut dengan bonggol yang besar di atas jalan secara tiba-tiba – terutamanya ketika waktu malam dan gelap.

Waze menyatakan ciri baharu ini akan diperkenalkan secara berperingkat di Android dan iOS bermula bulan ini.

Komen