Cari @ Amanz

Infinix kini mengumumkan perancangan untuk memperkenalkan peranti baharu pada 18 Mac 2024. Ia menjadi pengenalan untuk siri Note 40 baharu yang juga berlangsung secara global bermula di Malaysia terlebih dahulu.

Infinix dilihat masih berahsia mengenai reka bentuk, bilangan dan perkakasan dalaman peranti. Namun apa yang pasti peranti akan menampilkan teknologi All Round Fast Charge 2.0 yang sudah tentunya menjanjikan kelajuan pengecasan lebih pantas untuk sambungan berwayar dan nirwayar. Seperti biasa sama-sama nantikan perkongsian lebih lanjut daripada pihak Infinix sendiri berhubung perkara ini.

Untuk rekod, Infinix juga sedia memperkenalkan teknologi Infinix 260W All-Round FastCharge pada tahun lalu yang membolehkan pengecasan penuh 100% dibuat dalam hanya 7.5minit. Dalam masa sama mereka turut mempunyai teknologi pengecasan nirwayar 110W Wireless All-Round FastCharge yang boleh mengecas penuh bateri dalam masa 16 minit.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd