Carian
Google Menguji Alternatif FaceTime Dengan Meet Untuk Pixel
March 11, 2024 Fahim Zahar

Sokongan panggilan video pada peranti Android sudah lama dibuang. Bertahun lepas, Samsung adalah antara yang popular menawarkan ciri panggilan telefon boleh terus tukar ke panggilan video dari aplikasi telefon terus. Kini semua beralih ke aplikasi media sosial seperti Messenger, WhatsApp dan banyak lagi.

Hanya Apple sehingga hari ini menawarkan ciri panggilan video iaitu FaceTime terus terbina pada aplikasi panggilan telefon mereka. Terbaru, Google dilihat menguji ciri panggilan video terus pada Google Phone seperti FaceTime. Tetapi ia terhad untuk peranti Pixel dan perlu menggunakan Google Meet.

Pengguna Pixel dilihat boleh melakukan panggilan telefon seperti biasa dan dibenarkan tukar ke panggilan video Google Meet pada bila-bila masa dengan syarat penerima panggilan mempunyai akaun Meet. Ciri ini diuji pada Google Phone untuk Pixel versi 125.0.613053162-publicbeta-pixel2023). Saya yang menggunakan versi 125.0.613053162-publicbeta pada Nothing Phone (2a) tidak boleh mengujinya.

Komen