Carian
OneWayQueue Memudahkan Proses Beratur Menunggu Giliran Di Kedai
March 11, 2024 Effi Saharudin

Ramadan akan bermula esok dan saban tahun akan muncul status media sosial tular mengenai sukarnya mencari tempat berbuka puasa di saat akhir. Banyak restoran menggunakan sistem siapa cepat di dapat dahulu dan mematikan sistem menempah tempat duduk. Dengan dunia kini semakin moden, OneWayQueue menyelesaikan isu ini dengan menggunakan teknologi.

OneWayQueue dibangunkan oleh Web123. Pelanggan yang tiba di kedai hanya perlu mengimbas kod QR OneWayQueue yang dipaparkan di depan kedai. Mereka hanya perlu memasukkan maklumat peribadi dan nombor telefon untuk mendapatkan angka giliran. Apabila giliran mereka tiba, OneWayQueue akan menghantar mesej menerusi WhatsApp.

OneWayQueue turut boleh memaparkan jumlah orang yang menanti giliran, anggaran masa menunggu, siapa yang telah membatalkan tempahan dan turut boleh memaparkan menu kedai untuk melihat makanan yang boleh dipesan. Dengan ini pelanggan tidak perlu menghabiskan masa tecanguk di luar kedai menanti giliran. Pada waktu ini sistem OneWayQueue boleh dilanggan pada harga RM100 sebulan dengan caj 0.35 sen untuk setiap SMS.

Komen