Cari @ Amanz

Honor Magic6 Ultimate Edition akan diumumkan di China pada 18 Mac 2024. Terkini reka bentuknya telah diperlihatkan menerusi imej promosi rasmi untuk memberi gambaran awal mengenai peranti.

Bonggol kamera bulat tidak lagi digunakan dan diganti dengan reka bentuk segi empat yang bersaiz besar. Peranti juga mempunyai sistem telefoto periskop yang menjanjikan kemampuan zum sehingga 100X. Kemudian diikuti dengan dua sensor lain yang disusun menggunakan pendekatan seperti Magic6 Pro.

Masih belum dapat dipastikan mengenai rekaan paparan hadapan namun berpotensi sejenis melengkung sepenuhnya. Lubang kecil untuk peletakan kamera swafoto turut boleh melengkapinya bersama bingkai sejenis logam dan binaan belakang sejenis kulit palsu. Sejauh mana kebenaran kesemua yang diperkatakan? Nantikan kejutan yang disediakan Honor pada acara kali ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd