Marhaban ya Ramadan! Bulan yang penuh kemuliaan dan berkah bagi umat Islam di seluruh dunia. Antara kesempurnaan yang wajib diteliti sepanjang bulan ini ialah membayar zakat fitrah dengan had yang selewat-lewatnya sebelum selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Alasan kesibukan masa bagi membayar juga tidak dapat diterima kerana pembayaran kini boleh dijelaskan secara dalam talian melalui saluran terpilih. Perkara ini bukan sahaja memudahkan pembayaran malah menjimatkan masa. Justeru disenaraikan saluran yang boleh digunakan bagi tujuan pembayaran zakat bersama kadar penuh mengikut negeri di Malaysia pada tahun 2024.
Terdapat juga tambahan untuk platform Pos Online menerusi artikel tahun ini. Seandainya masih terdapat platform atau saluran yang tidak disenaraikan di dalam artikel ini, tetapi anda mungkin sudah biasa menggunakannya. Dialu-alukan untuk berkongsi juga di ruangan komen.
Kadar Bayaran Zakat 2024
- Johor – RM7.00 | RM13.00 | RM20.00
- Kedah – RM7.00 | RM14.50 | RM22.00
- Kelantan – RM7.00 | RM12.00 | RM20.00
- Terengganu – RM10.00 | RM22.00
- Melaka – RM7.00 | RM14.00 | RM21.00
- Negeri Sembilan – RM7.00 | RM12.50 | RM22.00
- Pahang – RM7.00 | RM12.00 | RM20.00
- Perak – RM8.00 | RM16.00 | RM24.00
- Perlis – RM7.00
- Pulau Pinang – RM7.00 | RM14.00 | RM21.00
- Sabah/Sarawak – RM7.50
- Selangor – RM7.00 | RM14.00 | RM21.00
- Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan – RM7.00 | RM15.00 | RM22.00
Aplikasi Boost
Boost yang merupakan jenama e-dompet tempatan sekali lagi menawarkan pembayaran zakat Fitrah pada tahun ini. Transaksi juga boleh dibuat dengan cepat dan mudah menggunakan baki wang daripada dompet pada aplikasi. Kemudian resit pembayaran pula diberikan melalui emel berdaftar bagi tujuan simpanan peribadi. Hanya dengan enam langkah mudah di bawah orang ramai sudah boleh membuat pembayaran zakat menerusi Boost tanpa perlu pergi ke pusat kutipan secara fizikal.
- Langkah 1 – Buka aplikasi Boost > klik pada ikon ‘More’.
- Langkah 2 – Cari Zakat Collection di bahagian Community Services.
- Langkah 3 – Pilih organisasi > masukkan butiran peribadi.
- Langkah 4 – Pilih harga beras > bilangan kapasiti untuk pembayaran.
- Langkah 5 – Klik Pay Zakat > masuk nombor PIN bagi meneruskan transaksi.


Negeri disokong – Selangor, Kuala Lumpur & Sabah
- Muat-turun – Aplikasi Boost Di PlayStore
- Muat-turun – Aplikasi Boost Di AppStore
Aplikasi GoPayz
Seterusnya pembayaran zakat melalui aplikasi GoPayz juga bukanlah suatu perkara baru malah tahun-tahun sebelum ini turut digunakan secara meluas. Pelbagai kaedah pembayaran seperti dompet GoPayz, transaksi FPX dan kad debit disediakan dalam usaha memudahkan urusan transaksi. Status pembayaran akan dikemaskini melalui bahagian ‘Recent Transaction’ dalam tempoh tiga hari bekerja selepas bayaran dibuat.
Untuk kali ini, pemberian ganjaran tunai sehingga RM5 turut diberikan kepada mana-mana pengguna yang membuat sumbangan zakat sekurang-kurangnya RM30/RM50 dalam satu transaksi. Ganjaran ini bagaimanapun hanya tersedia eksklusif buat pengguna GoPayz Premium Wallet. Berikut adalah cara pembayaran:
- Langkah 1 – Bukan aplikasi GoPayz > klik pada ikon Zakat
- Langkah 2 – Pilih organisasi zakat > diikuti jenis, tahun, kadar bayaran dan tanggungan.
- Langkah 3 – Sahkan pembayaran dengan melengkapkan butiran peribadi.
- Langkah 4 – Lafaz niat bayar zakat bagi meneruskan transaksi.

Negeri disokong – Perak, Kuala Lumpur, Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Kelantan, Johor, Perlis, Negeri Sembilan, Sabah & Sarawak.
- Muat-turun – Aplikasi GoPayz Di PlayStore
- Muat-turun – Aplikasi GoPayz Di AppStore
Aplikasi MAE
Selanjutnya perkhidmatan pembayaran zakat Fitrah juga boleh didapati melalui aplikasi MAE. Ia sekaligus memberi manfaat kepada mereka yang mempunyai kekangan masa, selain boleh membayar zakat dengan selamat dan mudah. Proses pembayaran hanya memakan masa beberapa minit dengan memilih jenis zakat dan memasukkan butiran peribadi yang diperlukan. Kemudiannya transaksi boleh dibuat melalui aplikasi menggunakan wang dari akaun simpanan. Berikut adalah cara pembayaran :
- Langkah 1 – Tekan Pay Bills > Cari ikon Zakat.
- Langkah 2 – Pilih organisasi > jenis beras dan jumlah tanggungan.
- Langkah 3 – Sahkan pembayaran dengan melengkapkan butiran peribadi.
- Langkah 4 – Lafaz niat bayar zakat bagi meneruskan transaksi.


Negeri disokong : Perlis, Kedah, Selangor, Terengganu, Perak, Kelantan, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Kuala Lumpur, Melaka, Sabah, Sarawak & Pulau Pinang.
- Muat-turun – Aplikasi MAE Di PlayStore
- Muat-turun – Aplikasi MAE Di AppStore
Aplikasi MYEG
Selain untuk pembaharuan insurans dan lesen memandu, aplikasi MYEG juga menyediakan perkhidmatan pembayaran zakat Fitrah. Proses ini memerlukan pengguna baharu untuk mencipta akaun sebelum boleh meneruskan pembayaran. Seterusnya terdapat beberapa kaedah pembayaran disediakan sama ada melalui transaksi FPX atau kad kredit. Untuk makluman juga aplikasi kini turut boleh didapati melalui AppStore yang dilihat menjadi lebih baik berbanding sebelum ini sekadar ditawarkan pada Google PlayStore. Berikut adalah cara pembayaran:
A) Pembayaran melalui portal rasmi
- Langkah 1- Bukan laman rasmi MyEG > log masuk.
- Langkah 2 – Klik Zakat > Diikuti dengan pemilihan organisasi.
- Langkah 3 – Klik Zakat Payment > Lengkapkan maklumat peribadi.
- Langkah 4 – Teruskan pembayaran sehingga selesai.

B) Pembayaran melalui aplikasi
- Langkah 1- Buka aplikasi MyEG.
- Langkah 2 – Klik Zakat Fitrah > diikuti dengan pemilihan organisasi.
- Langkah 3 – Lengkapkan butiran peribadi.
- Langkah 4 – Teruskan pembayaran sehingga selesai.
Negeri disokong – Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang.
- Muat-turun – Aplikasi MYEG Di PlayStore
- Muat-turun – Aplikasi MYEG Di AppStore
Aplikasi Tulus Digital
Tulus Digital yang merupakan aplikasi fintech islamik turut menyediakan kemudahan pembayaran zakat fitrah untuk pelbagai agensi di Malaysia. Proses pembayaran transaksi sememangnya pantas dan boleh dibuat pada bila-bila masa. Selain turut boleh dilakukan melalui dua pilihan proses sama ada aplikasi atau laman web rasmi. Kaedah transaksi pula secara FPX yang menyokong sebilangan besar perbankan utama di Malaysia. Mana-mana pembayaran yang dibuat untuk pihak ketiga perlu disertakan dengan maklumat individu berkaitan. Berikut adalah cara pembayaran:
- Langkah 1 – Buka aplikasi/laman web rasmi Tulus.
- Langkah 2– Pilih pusat zakat & lengkapkan butiran peribadi.
- Langkah 3– Lafaz niat bayar zakat bagi meneruskan transaksi.


Negeri Disokong – Kelantan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak, Terengganu, Perak, Pulau Pinang & Perlis.
- Muat-turun – Aplikasi Tulus Di PlayStore
- Muat-turun – Aplikasi Tulus Di AppStore
Aplikasi TheNoor
Tidak perlu disebutkan dengan lebih kerana pasti ramai sedia menggunakan aplikasi TheNoor ini. Ia sekali lagi menawarkan pembayaran zakat fitrah pada tahun ini dengan kerjasama beberapa institusi tempatan di Malaysia. Proses pembayaran juga mudah melalui melalui transaksi FPX/kad Debit/kad Kredit yang menyokong sejumlah besar perbankan utama di Malaysia. Ia juga membenarkan pengguna menetapkan mod debit dan menjejak pembayaran yang dibuat secara automatik. Berikut adalah cara pembayaran:
- Langkah 1 – Buka aplikasi TheNoor > cari ikon Zakat
- Langkah 2 – Pilih organisasi > jenis zakat.
- Langkah 3 – Lengkapkan butiran peribadi.
- Langkah 4 – Lafaz niat bayar zakat bagi meneruskan transaksi.


Negeri disokong – Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kedah, Negeri Sembilan & Kelantan.
- Muat-turun – Aplikasi TheNoor Di PlayStore
- Muat-turun – Aplikasi TheNoor Di AppStore
Pos Online
Pengguna juga boleh membuat pembayaran zakat melalui laman web POS Malaysia. Pembayaran perlu dibuat menerusi portal rasmi dengan syarat memiliki akaun yang berdaftar terlebih dahulu. Pelbagai kaedah pembayaran seperti perbankan dalam talian dan dompet digital (Boost/Grab/ShopeePay/TNG) disediakan dalam memudahkan urusan transaksi. Namun cubaan kami mendapati caj tambahan 50 sen akan dikenakan untuk transaksi yang dibuat melalui perbankan atas talian. Cara penggunaan adalah seperti berikut :
- Langkah 1 – Buka laman web POS Online > Log masuk dengan ID pengguna
- Langkah 2 – Pilih Registered Bills > Pilih agensi zakat
- Langkah 3 – Lengkapkan butiran peribadi > Lafaz Niat > Add To Cart
- Langkah 4 – Klik Proceed to Checkout > Selesai

Negeri disokong – Kuala Lumpur & Sabah
- Laman sesawang – Pos Online
Portal PayHalal
PayHalal juga sekali lagi menawarkan pembayaran zakat Fitrah pada tahun ini. Antaramuka yang direka semula turut memudahkan pembayaran tanpa sebarang pendaftaran diperlukan. Sebaliknya transaksi boleh dibuat seperti biasa selepas butiran penting dilengkapkan dengan sebaiknya. Kemudian pelbagai kaedah pembayaran juga disediakan yang termasuk kad kredit/debit, perbankan dalam talian dan dompet digital. Berikut adalah cara pembayaran:
Langkah 1 – Buka laman web rasmi PayHalal.
Langkah 2 – Pilih jenis organisasi > Lengkapkan butiran peribadi > Lafaz niat.
Langkah 3 – Klik ‘Proceed’ > Selesai
Senarai Negeri Disokong – Kelantan & Kedah.
Perbankan Dalam Talian
Orang ramai juga membuat pembayaran zakat secara atas talian melalui sejumlah bank terpilih yang berdaftar. Pembayaran melalui kaedah ini terbuka kepada pengguna yang mempunyai akaun simpanan atau semasa dengan agen kutipan yang berdaftar sebagai pengguna kemudahan perbankan Internet. Namun begitu, semakan dengan institusi zakat negeri masing-masing adalah diperlukan bagi ketahui senarai bank yang disokong.
Portal Rasmi Pungutan Zakat Negeri
Mungkin terdapat juga di antara pembaca yang lebih selesa untuk membuat pembayaran secara terus menerusi portal rasmi institusi Zakat negeri masing-masing. Sebagai rujukan bersama, berikut adalah senarai penuh portal rasmi pusat pungutan Zakat negeri di Malaysia:
- Portal Rasmi Jabatan Agama Islam Negeri Johor
- Portal Rasmi Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman
- Portal Rasmi Zakat Melaka
- Portal Rasmi Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan
- Portal Rasmi Zakat Pahang
- Portal Rasmi Pembayaran Zakat MAINS
- Portal Rasmi Zakat Pulau Pinang
- Portal Rasmi Zakat Perak-MAIPk
- Portal Rasmi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)
- Portal Rasmi Majlis Ugama Islam Sabah – MUIS
- Portal Rasmi Tabung Baitulmal Sarawak
- Portal Rasmi Lembaga Zakat Selangor
- Portal Rasmi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu
- Portal Rasmi Pusat Pungutan Zakat Kuala Lumpur