Sejak dari sekolah rendah lagi saya mempunyai impian untuk fasih dalam pelbagai bahasa. Saya cuba belajar Bahasa Arab ketika sekolah, Bahasa Mandarin ketika Universiti dan ada cuba belajar banyak lagi bahasa melalui aplikasi pembelajaran dan juga aplikasi penterjemahan.
Tetapi ia amat sukar dan memakan masa yang banyak. Sehinggalah tahun ini, saya tidak lagi perlu belajar bahasa asing kerana Galaxy AI pada siri Samsung Galaxy S24 membenarkan saya bercakap dalam 17 bahasa berbeza.

Live Translate
Live Translate atau penterjemahan secara nyata adalah ciri kecerdasan buatan generatif dalam Galaxy AI yang percuma digunakan. Ia merupakan sebahagian daripada Call Assist yang boleh terus digunakan ketika panggilan telefon dilakukan atau ketika menerimanya. Tekan sahaja butang Terjemahan langsung untuk mula menterjemah.

Pertuturan haruslah dengan tenang dan tidak terlalu laju jika inginkan penterjemahan yang hampir sempurna. Apa yang aneh sedikit adalah, ketika anda menjawab suara anda akan digantikan dengan suara AI yang membaca jawapan anda yang telah diterjemah.

Jika anda bekerja di syarikat bertaraf antarabangsa atau kerap berkomunikasi dengan pekerja lain yang berbahasa asing, Live Translate adalah ciri AI yang sangat membantu. Ia menyokong bahasa;
- Cina
- Inggeris (Amerika Syarikat)
- Inggeris (United Kingdom)
- Inggeris (India)
- Itali
- Jepun
- Korea
- Sepanyol (Sepanyol)
- Thai
- Hindi
- Jerman
- Perancis
- Poland
- Portugis
- Sepanyol (Amerika Syarikat)
- Sepanyol (Mexico)
- Vietnam
Live Translate turut diproses dari dalam peranti dan tidak menggunakan Internet. Untuk urusan yang lebih efisien, muat turun terus semua bahasa yang diinginkan. Kesemua ciri Galaxy AI boleh digunakan secara percuma sehingga hujung tahun 2025.

Jika anda berminat untuk menggunakan ciri Galaxy AI yang menarik ini, anda boleh dapatkan siri Samsung Galaxy S24 pada harga bermula RM4099. Anda turut boleh menikmati tawaran mencapai RM1649 sehingga 30 April. Jadi jangan tunggu lagi, terus tekan pautan di bawah untuk mula membeli;
- Percuma Galaxy Watch 6 (44mm) bernilai RM1,199.
- Rebat tukar-beli mencapai RM650.
- Potongan harga sehingga 30% untuk Samsung Care+.
- Potongan harga sehingga 45% untuk aksesori.
- Samsung Rewards Blue : 1% | Gold : 3% | Platinum : 5%
*Penafian, ini adalah advertorial daripada Samsung Malaysia.