Carian
Tiada Lagi Tunafoto (Photobomb) Dengan Photo Assist
March 22, 2024 Fahim Zahar

Saya amat suka ambil gambar walaupun saya bukan jurugambar profesional. Saya pernah belajar menggunakan DSLR, kemudian apabila sudah terbiasa dengan fotografi telefon mudah alih – telefon saya adalah kamera saya. Untuk suntingan saya kurang gemar kerana makan masa yang banyak, jadi saya akan cuba sebaik mungkin ambil gambar yang sempurna terus dari dari kamera (SOOC). Apa yang saya tidak suka adalah tunafoto (photobomb). Nasib baik dengan Galaxy AI pada siri Samsung Galaxy S24, Photo Assist boleh sunting seakan magis.

Photo Assist

Dalam Photo Assist terdapat satu ciri suntingan yang ajaib iaitu Sunting Generatif atau Generative Edit. Ciri ini membolehkan saya melaras sudut imej dan kemudian menjana latar belakang baharu bagi mengisi jurang yang ada. Saya turut boleh alih keluar atau buang mana-mana objek atau orang yang mengganggu di latar. Ini menjadikan siri Samsung Galaxy S24 saya anti-tunafoto.

Cara penggunaan juga amat mudah dan tidak memerlukan sebarang aplikasi atau juga komputer. Hanya gunakan aplikasi Samsung Gallery sahaja. Pilih mana-mana gambar di dalam galeri, kemudian tekan ikon Galaxy AI, pilih objek atau perkara yang ingin diubahsuai sama ada dengan lakar atau tekan dan tahan, kemudian tekan butang Jana (Generate). Kurang 10 saat, gambar baharu akan siap berserta tera air (watermark) Galaxy AI.

Saya amat suka apabila saya boleh buang objek yang mengganggu dengan mudah. Saya lebih suka boleh sunting gambar yang ada orang, kerana saya boleh tukar posisi atau terus buang individu yang kurang digemari. Photo Assist adalah ciri Galaxy AI yang memerlukan internet untuk diproses. Tetapi usah risau segala data tidak akan disimpan. Kesemua ciri Galaxy AI ini digunakan secara percuma sehingga hujung tahun 2025.

Jika anda berminat untuk menggunakan ciri Galaxy AI yang menarik ini, anda boleh dapatkan siri Samsung Galaxy S24 pada harga bermula RM4099. Anda turut boleh menikmati tawaran mencapai RM1649 sehingga 30 April. Jadi jangan tunggu lagi, terus tekan pautan di bawah untuk mula membeli;

  • Percuma Galaxy Watch 6 (44mm) bernilai RM1,199.
  • Rebat tukar-beli mencapai RM650.
  • Potongan harga sehingga 30% untuk Samsung Care+.
  • Potongan harga sehingga 45% untuk aksesori.
  • Samsung Rewards Blue : 1% | Gold : 3% | Platinum : 5%

*Penafian, ini adalah advertorial daripada Samsung Malaysia.

Komen