Carian
Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX 5000 Dijangka Hadir Dengan Memori GDDR7 Dan Kelajuan 28Gbps
March 12, 2024 Nazrin

NVIDIA dijangka akan memperkenalkan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5000 “Blackwell” pada tahun hadapan, dan terkini, sedikit butiran mengenai kad grafik tersebut nampaknya telah tertiris ke arena internet.

Kopite7Kimi yang terkenal untuk penirisan maklumat berkaitan kad grafik NVIDIA baru-baru ini mengatakan bahawa kad grafik tersebut akan menggunakan memori GDDR7 terbaru yang hadir dengan kelajuan 28Gbps dan jalur bas 512bit.

Kad grafik ini juga akan diberi nama GB202 dan ia dijangka bahawa kad-kad grafik dalam siri tersebut bakal hadir dengan jumlah memori yang berbeza berbanding dengan model-model sebelum ini. Perkara ini masih belum disahkan lagi, tetapi oleh kerana cip memori GDDR7 akan hadir dengan pilihan 3GB, konfigurasi memori kad-kad grafik yang menggunakan memori ini boleh tampil dengan jumlah memori yang lebih banyak berbanding sebelum ini, sehingga 32GB pada satu kad grafik.

Seperti yang dikatakan sebelum ini juga, NVIDIA hanya diijangka akan memperkenalkan siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5000 ini pada tahun hadapan, dengan cip pemprosesan Blackwell akan diperlihatkan pada modul kad grafik untuk tujuan kecerdasan buatan terlebih dahulu.

Komen