Carian
OnePlus Nord CE 4 Dengan Snapdragon 7 Gen 3 Akan Tiba 1 April Ini
March 12, 2024 Fahim Zahar

OnePlus tahun ini telah melancarkan dua peranti mercu, memberi pengguna kebebasan memilih inginkan pentingkan kamera atau prestasi melalui OnePlus 12 dan OnePlus 12R. Untuk pasaran peranti mampu milik mereka di bawah siri Nord, dikhabarkan sebuah telefon bakal dilancarkan pada 1 April nanti.

OnePlus Nord CE 4 adalah peranti baharu yang akan dilancarkan dengan cip Snapdragon 7 Gen 3. Peranti ini mempunyai 15% kuasa CPU lebih tinggi, kemampuan prestasi GPU turut meningkat 50% dan kurang menggunakan kuasa sehingga 20%. Peranti ini akan menyokong pengecasan 100W dan mempunyai pilihan warna Dark Chrome atau Celadon Marble.

Peranti ini dikatakan adalah Oppo K12 untuk pasaran global. Ia juga akan bersaing dengan vivo V30 yang turut menggunakan cip sama. Skrin peranti adalah 6.7″ FHD+ AMOLED 120Hz, kamera 50+8 Megapixel, 16 Megapixel kamera swafoto, bateri 5000mAh, memori dan storan LPDDR4X/UFS 3.1, mempunyai pengimbas cap jari bawah skrin dan juga sensor infra merah. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai peranti ini akan datang.

Komen