Hari ini sudah bermula bulan Ramadan. Tetapi tidak bermakna aktiviti harian yang kita lakukan perlu dihentikan kerana kekurangan tenaga. Sebaliknya kita harus lalui segalanya dengan sebaik mungkin. Jika anda aktif bersenam sambil mendengar muzik dan skeptikal jika TWS jenis dalam telinga akan membatalkan puasa (tidak ya!), Edifier Comfo Run baru sahaja dilancarkan sebagai alternatif terbaik.
Comfo Run adalah set fon telinga nirwayar dengan rekaan terbuka. Puting telinga hanya diletak di dalam telinga dan tidak disumbat seperti TWS biasa. Ini bermakna, pengguna akan menyedari apa yang berlaku di sekeliling ketika bersenam. Pemandu audio yang digunakan pula adalah jenis dinamik bersaiz 16.2mm dan sambungan pula dengan Bluetooth 5.3.
Produk audio ini turut boleh digantung pada leher kemudian cangkuk pada telinga. Comfo Run mempunyai dua mikrofon, menyokong perlindungan IP55, bass yang dikuatkan, sela masa audio sekitar 80ms dan bateri bertahan sehingga 17 jam Apa yang menjadikan Edifier Comfo Run ini lebih menarik untuk dibawa bersenam adalah, terdapat pedometer terbina yang boleh dipantau dengan aplikasi Edifier ConneX App.
Ketika artikel ini ditulis Edifier Comfo Run boleh dibeli di kedai rasmi Edifier melalui TikTok, Shopee atau Lazada pada harga RM349.