MyTukar, salah satu perkhidmatan yang menawarkan kemudahan untuk jual-beli kenderaan terpakai, kini mengumumkan penjenamaan semula sebagai Carro. Untuk makluman, Carro merupakan jenama untuk syarikat induk MyTukar di Singapura, dan dengan mengubah nama MyTukar kepada Carro, ia sekaligus menyeragamkan penjenamaan perkhidmatan tersebut di rantau ini.

Dengan penjenamaan semula ini, kita akan melihat pelbagai jenama MyTukar sebelum ini diubah kepada Carro – termasuk dalam produk, perkhidmatan dan pemasaran. Laman web MyTukar sendiri kini telah mula membawa pengguna ke laman Carro.
Sebelum ini, MyTukar telah diasaskan pada 2017 lepas di Malaysia, dan ia seterusnya menerima suntikan dana daripada Carro sebanyak $30 juta pada 2019. Pada hari ini, MyTukar mempunyai 27 pusat pemeriksaan, 5 woksyop, 2 pusat baik-pulih, dan 11 pusat peruncitan.