Tidak banyak pengeluar peranti menggunakan pengimbas cap jari ultrasonik. Ini mungkin kerana kos yang lebih tinggi berbanding sensor optikal. Samsung adalah antara yang terkenal menggunakan sensor ultrasonik pada peranti mercu mereka. Terbaru, Huawei dilihat memfail paten untuk pengimbas cap jari ultrasonik.
Huawei melakukan perkara ini kerana sensor ultrasonik kerana kebanyakan sensor ini di pasaran adalah di bawah paten Qualcomm dan Huawei tidak dibenarkan untuk berurusan dengan jenama ini. Sensor yang dibekalkan oleh Goodix yang turut digunakan oleh ramai pengeluar turut menggunakan paten Qualcomm.

Apa yang membezakan teknologi sensor ultrasonik Huawei dengan Qualcomm adalah pembinaannya. Huawei akan menggunakan rekaan elektrod bertindan yang lain bersama dengan lapisan peizeoelektrik dan tatasusunan unit piksel elektrod. Sensor ini didakwa boleh menghantar dan menerima isyarat untuk mendapatkan informasi cap jari dengan tepat sekali.
Dengan Huawei telah mempunyai sensor sendiri, mereka boleh terus menjayakan pelbagai produk secara kendiri tanpa perlu bergantung dengan syarikat lain. Mana tahu, Huawei turut boleh memasarkan sensor mereka kepada pengeluar peranti lain juga.