Xiaomi kini memaklumkan mereka akan mula menjual kereta elektrik pertama mereka, iaitu Xiaomi SU7 secara rasminya bermula bulan ini. Xiaomi akan menawarkan kereta berkenaan di China sahaja buat masa ini.

Xiaomi SU7 sebelum ini telah diperlihatkan pada bulan Disember 2023 lepas. Ia hadir dengan sejumlah ciri-ciri pintar, dilengkapi dengan keupayaan memecut ke 100km/j dalam masa 2.87 saat, dan menawarkan kelajuan maksima mencapai 265 km/j. Xiaomi turut memaklumkan kereta ini menawarkan pemanduan sehingga 800km CLTS melalui pengecasan penuh.

Harga jualan untuk kereta ini dijangka diumumkan melalui sebuah acara khas pada 28 Mac kelak. Xiaomi akan menjualnya di lebih 59 kedai di China.
Dengan perkembangan baharu ini, sama-sama kita nantikan acara pelancarannya tidak lama lagi, dan nantikan harga jualan rasmi kereta ini.