MidJourney, salah satu penjana gambar berasaskan kecerdasan buatan, kini mencuba sebuah algoritma baharu pada penjaan mereka, sekaligus membolehkan pengguna menjana gambar watak yang konsisten pada semua imej yang dijana.
Dengan langkah ini, ia sekaligus boleh menjana sesuatu watak berkenaan dengan latar dan aksi berbeza – tetapi mengekalkan rekaan watak yang sama dan konsisten. MidJourney menyatakan ciri ini berfungsi dengan baik apabila digunakan bersama watak yang dijana melalui MidJourney.
Pengenalan ciri ini sendiri dijangka membuka kepada beberapa kaedah baharu dalam penggunaan platform tersebut, termasuk dari segi penceritaan dan sebagainya.
Bagi pengguna MidJourney, boleh mencuba ciri baru ini hari ini pada platform tersebut.