Cari @ Amanz

Ramai yang ingin menjadi pempengaruh media sosial tetapi hakikatnya ia kerjaya yang tidak stabil dan mempunyai persaingan yang cukup sengit. Di Malaysia pula tidak semua platform membenarkan pengkarya menjana pendapatan dengan mudah. Hari ini pengguna TikTok di Malaysia akhirnya boleh menjana pendapatan dalam platform menerusi Effect Creator Rewards dengan Effect House.

Effect House ialah platform menghasilkan kesan khas/penuras realiti terimbuh (AR0 yang boleh digunakan pengguna lain. Sekiranya karya Effect House yang dihasilkan popular, TikTok kini akan membayar penghasilnya. Effect House telah dilancarkan sejak 2022 tetapi hanya penduduk sesetengah negara sahaja boleh menjana pendapatan menerusinya.

Untuk mula menjana pendapatan menerusi Effect House, mereka perlu berusia 18 tahun ke atas, tinggal di negara yang disokong (seperti Malaysia), menerima lencana Gold, Platinum atau Diamond Badge dan akhir sekali melengkapkan borang cukai.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd