Microsoft Copilot adalah perkhidmatan kecerdasan buatan generatif yang menggunakan model bahasa raya OpenAI, iaitu GPT. Disember tahun lepas, Copilot telah dikemaskini kepada GPT-4 Turbo iaitu model yang lebih berkuasa tetapi terhad kepada pengguna berbayar sahaja. Terkini, GPT-4 Turbo dikatakan telah boleh digunakan oleh pengguna percuma.
GPT-4 Turbo mampu memproses 128,000 token konteks serentak yang bersamaan dengan prom sepanjang 300 muka surat. Model ini turut dilatih dengan data lebih terkini sehingga April 2023. Untuk menggunakan model baharu ini percuma, pengguna perlu memilih gaya perbualan Lebih Kreatif atau Lebih Tepat. Lebih Seimbang akan terhad pada GPT-4 seperti biasa.

Bagi pengguna Copilot Pro, model lama turut boleh digunakan lagi dengan mudah. Turut terdapat ura-ura yang OpenAI sedang membangunkan GPT-4.5 Turbo yang akan memberi pengguna Pro lebih banyak ciri dan fungsi serta kuasa memproses yang lebih hebat. Sama-sama kita nantikan.