Setiap tahun akan berlaku insiden orang hilang ketika melakukan aktiviti riadah di kawasan gunung, bukit dan belantara. Dalam kebanyakan kes, mangsa yang hilang dapat ditemukan selepas puluhan anggota SAR dikerahkan ke lokasi. Halangan utama ialah tiada rangkaian selular dan hutan belantara yang tebal menyukarkan pencarian walaupun menggunakan helikopter.

Airmarker R.One ialah penyelesaian kepada masalah ini kerana apabila diperlukan ia melancarkan belon berwarna oren sehingga ketinggian 45 meter yang memudahkan lokasi orang yang hilang dikesan. Pencipta Airmarker mendapat idea menghasilkan R.One menerusi pengalaman melakukan misi mencari menggunakan helikopter. Adalah sukar memberikan lokasi tepat mangsa walaupun dengan sistem GPS sedia ada Beliau kemudian mendapat idea sistem kecemasan dengan belon yang dapat dilihat dari pelbagai arah.
Setiap R.One disimpan dalam bentuk silinder dengan ia sebesar sekitar 870 gram. Apabila belon dilancarkan ia mampu terapung selama 3 hari yang memberikan masa yang mencukupi untuk mereka yang sesat ditemukan oleh pasukan penyelamat. Setiap R.One dijual pada harga $225 (~RM1048) sebuah.