Carian
MacBook Yang Dijana Cip Apple M4 Akan Menyokong Ciri AI Baharu
March 13, 2024 Fahim Zahar

Tahun ini setiap pengeluar peranti berlumba menawarkan ciri AI yang terus diintegrasikan pada produk masing-masing. Kita sudah nampak pembangunan telefon pintar AI semakin berkembang dan tahun ini laptop AI turut akan menjadi popular. Laptop Windows kelak akan mempunyai NPU untuk memproses AI generatif dan memastikan Copilot boleh diproses dari dalam peranti. Laporan terbaru menyatakan Apple turut tidak ketinggalan.

Mark Gurman menyatakan yang Apple sudah mula membangunkan cip Apple Silicon baharu iaitu M4 untuk MacBook Pro. Cip ini dikatakan masih menggunakan binaan 3nm tetapi iterasi yang dipertingkatkan. Menurut laporan Economic Times, cip M4 akan mempunyai kemampuan memproses AI agar boleh bersaing dengan komputer Windows yang turut ke arah yang sama.

MacBook Pro M4 dengan ciri AI ini dijangka akan diperkenalkan pada tahun 2025 akan datang. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut apakah ciri AI yang Apple akan bawakan kepada pengguna Mac mereka.

Komen