Anda Kelak Boleh Menyemat Lima Mesej WhatsApp
Fahim Zahar
Ciri pin (semat) mesej adalah sangat membantu dan penting untuk saya. Tidak kira platform pemesejan mana yang saya gunakan, pasti akan ada beberapa mesej saya semat untuk akses pantas atau tidak terlupa membalas. Untuk WhatsApp, hanya tiga mesej boleh disemat dan satu mesej dalam tetingkap sembang. Terkini, WABetaInfo melaporkan yang WhatsApp kelak mungkin membenarkan pengguna menyemat lebih dari tiga mesej.

Dalam contoh yang diuji, sumber berjaya menyemat lima mesej terus. Tetapi jumlah sebenar masih tidak diketahui dan ia boleh berubah pada versi stabil nanti. Untuk saya, tiga sebenarnya sudah lebih daripada cukup. Tetapi jika anda adalah pengguna WhatsApp yang banyak mengendalikan Group atau berurusan dengan ramai orang penting, kemas kini baharu ini mungkin akan memanfaatkan anda.
[sumber] WABetaInfo [/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.