Cari @ Amanz

Lima tahun lepas, Google Play Pass diperkenalkan. Ia adalah perkhidmatan langganan untuk mengakses lebih 1000 permua dan aplikasi premium tanpa iklan dan belian dalam aplikasi. Ogos tahun lepas, ia mula ditawarkan di Malaysia pada harga RM10.99 sebulan. Terbaru, Google menyatakan yang jumlah pelanggan telah meningkat lebih daripada 120% sepanjang tahun lalu.

Google turut memberitahu yang ahli Play Points telah mencapai lebih 220 juta. Play Points adalah perkhidmatan mengumpul mata untuk setiap pembelian dan langganan pada Play Store. Mata terkumpul boleh menebus belian dalam aplikasi, video di Google TV dan banyak lagi. Sayang sekali ia masih tidak ditawarkan di Malaysia.

Google Play Games PC turut dikemaskini dengan kini menyertakan Lineage2MOdin: Valhalla RisingGenshin Impact, dan Dragonheir: Silent Gods. Kini terdapat lebih 3000 permua boleh dimainkan pada PC di 140 negara.

Google Play Store turut akan menerima kemas kini di mana bahagian permua akan memaparkan lebih butiran kemas kini oleh pembangun. Kandungan baharu dan promosi turut akan disampaikan kepada pengguna secara terus. Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Play Store turut akan mempunyai ciri AI untuk bahagian FAQ. Tab video turut akan diperkenalkan, ia adalah daripada YouTube khusus untuk kandungan permua.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd